Thursday, June 20, 2013

Bintang

Dalam banyak bintang, entah kenapa yang 1 ini aku suka.

Dia bertanyakan untuk berkawan setelah hati sudah tak nak suka.
Dia bertanyakan untuk berkawan setelah bersedia untuk berkawan biasa.
Tak dapat marah sebab terus bersedih.
Sepatutnya marah. Marah! Marah!

5 bulan berlalu, masih tak terima keputusan.
Bukan putus asa cuma nak suka bintang lain.
Bukan keputusannya yang perlu tunggu.
Aku yang kena buat keputusan.

Banyak bintang di langit. Kenapa yang 1 ini juga yang aku tunggu?

Bukankah bintang tidak jatuh ke riba kecuali pada kiamat.
Untuk apa lagi kau tunggu bintang yang 1 itu?
1 tahun suatu tempoh yang untuk apa?

Banyak bintang di langit, untuk apa kau tunggu???

Friday, January 11, 2013

Catatan: Alien Menchari Chinta sebuah buku puisi & lukisan oleh Ramzah Dambul


Aku tahu pasal buku ni melalui FB Rem Dambul yang aku langgani. Aku melanggan FB-nya kerana ada perkongsiannya, yang dikongsi oleh FB Kak Ziati, bermaklumat-selamba-ikut cita fikirnya & cita rasanya sendiri. Dia seorang saintis yang suka mencatat apa yang berlaku sekitarnya dan dia juga suka melukis. Aku suka tengok lukisan. :). Aku mengenali RD ni tahun lepas. Ada memanggilnya Prof. Ada memanggilnya Dr. Keselambaannya dalam berkongsi catatan membuatkan aku suka baca catatannya. 

Baik. Itu sedikit perkenalan aku dengan RD.

Aku ingin memiliki buku ini sebab: 1. Tajuknya. 2. Gambar kulit bukunya. 3. Nak kenal penulisan RD (sebenarnya aku tak tahu ini buku puisi. Aku ingat buku catatannya bagaikan dikongsi dalam FB). Tak apa.

Ada apa dengan tajuknya. "Alien". "Mencari Cinta". Walaupun aku tertanya apa ke hal diletaknya huruf "H: dalam perkataan "Menchari Chinta", ahh, pedulikan, mungkin saja nak menggedik menyebut "mencari cinta". Menggedik dalam serius, agaknya. Oleh kerana tahun lepas banyak cerita rasa dalam diri, jadi serba banyak catatan ni adalah sesuatu pendidikan untuk aku dalam mengenali rahsia Allah dalam memberi rasa dalam diri manusia & rasa antara manusia dengan manusia. Allah mendidik. :)

Membaca beberapa puisi RD memang 'toink' kat batang hidungku. Ya. Tuhan mendidik. Tuhan menunjuk. Tuhan beri kasih sayangnya supaya tidak melupakanNya yang Maha Merancang & Maha Mengetahui. Allah memberi jawapan kepada kekusutan. Itulah nikmat Tuhan. Ujian itu nikmat jika kita kembali kepada Allah. 

Suka kata-kata tercetak di muka surat 73. "Luka bukan dicipta oleh hati yang ditinggalkan; tetapi oleh rasa yang enggan melepaskan" (R. Dambul 2012). Ya, apabila menegaskan kepada diri untuk memaafkan & melepaskan, luka di hati semakin sembuh. (Siapa perasan hujung tahun lepas banyak kemaskini sebut" Maafkan", "Lepaskan". Untuk pujuk diri. Kuatkan diri. Selepas rasa ringan & hati senyum, makin pula orang kata muka berseri. Ahaks! 

Segala pujian bagi Allah & solawat & salam kepada Muhammad kekasih Allah. *Senyum*
Beli on line, dapat juga tandatangan daripada RD. Yeay!
Benarlah diri bagaikan alien dalam mencari cinta. Sedangkan cinta itu milik Allah yang hanya Dia yang mencampakkan rasa itu kepada makhluknya. Jadi, teruskan berdoa! Dalam doa, ada usaha.

Sunday, October 16, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Me, introduce myself.

Hi Readers, welcome to my blog.
I will write when I want to write. So, do not waiting my writings.
OK. Thank you for reading this.


Silence is Golden.